Skip to content

admin

AMANAT SEJAGAT : PRU15 & PENTAS RAKYAT MALAYSIA DIUJI

  • by

Gendang telah dipalu, sekali lagi hari penentuan masa depan negara hanya dipisahkan kurang dari 48 jam sahaja lagi. Ada yang menyebutnya sebagai “ibu” segala pilihan raya. Sekali lagi rakyat Malaysia akan diuji tahap kebijaksanaan mereka serta sejauh mana kepedulian mereka terhadap politik tanahair.

Program Agihan TDRS ke Lembah Jaya

22 NOVEMBER 2021 – Program Agihan Bantuan Derita Rakyat kepada penduduk Kg. Lembah Jaya Utara, Ampang akibat musibah banjir kilat.

Bantuan makanan dihantar sebanyak 240 pek di pusat penempatan sementara bagi 300 keluarga yang terjejas sehelai sepinggang akibat musibah banjir. Kos bantuan yang disalurkan adalah sebanyak RM1200.00.

PROGRAM AGIHAN BANTUAN AHLI KELUARGA SEJAGAT YANG TERKESAN DENGAN BANJIR

1 Jan, 2022 – Menerusi Program Bantuan Derita Rakyat Sejagat (Misi Bantuan Banjir) yang dijalankan sejak 21 Disember 2021 lalu, pihak Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia tidak ketinggalan mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan pek makanan beserta sedikit wang sumbangan kepada ahli keluarga SEJAGAT yang terkesan akibat banjir di kawasan tempat tinggal mereka.

BANTUAN DERITA RAKYAT SEJAGAT KE MENTAKAB

  • by

Misi Bantuan Banjir yang dikendalikan oleh pihak Pertubuhan Kebajikan Rakyat Malaysia masih diteruskan ke daerah Mentakab, Pahang pada 31 Disember 2021.

BANTUAN SEJAGAT KE PAHANG

  • by

29 DISEMBER 2021, TEMERLOH, PAHANG — Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Demikianlah perumpamaan yang dapat dibaitkan berdasarkan kepada gambar-gambar dan rakaman video aktiviti program NGO Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia (SEJAGAT) semalam didalam menerajui Misi Bantuan Banjir: Derita Rakyat SEJAGAT Malaysia 2021 ke Temerloh, Pahang Darul Makmur.