Skip to content

PERUTUSAN TAKZIAH SEJAGAT BUAT SYRIA DAN TURKIYE ATAS MUSIBAH GEMPA BUMI

  • by

بسم الله الرحمن الرحيم

ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص ‏من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين.
Al Baqarah ayat 155

Kita digemparkan dengan gempa bumi besar yang mengorbankan ribuan nyawa di Syria dan Turkiye serta kerosakan dan kerugian besar yang melanda di negara tersebut. Pastinya tragedi ini membuatkan dunia Islam berkabong khususnya rakyat di Syria dan Turkiye.

Syria sebagai sebuah negara yang komited tanpa goyah dalam mendukung kuat terhadap perjuangan murni rakyat Palestin. Apatah lagi Syria adalah di antara segelintir negara Arab yang tidak digemari oleh Amerika dan barat, justeru itu perhatian juga perlu diberikan kepada Syria sebagaimana selayaknya Turkiye juga mendapat bantuan.

Puluhan tahun Syria teguh dibelakang gerakan-gerakan perjuangan di Palestin seperti Hamas dan Jihad Islam pastinya saat ini mengharapkan bantuan dari negara-negara Islam.

Syria dan Turkiye sedang bergelap dan berkabong. Dalam kesempatan ini Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia ingin merakamkan sekalung takziah dan bersolidariti dengan musibah rakyat di Syria dan Turkiye. Salam takziah.

Syed Sheikh Alattas
Presiden Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *