Skip to content

admin

MISI BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR – HULU LANGAT

  • by

22/12/2021 SEJAGAT menyampaikan sumbangan dari rakyat malaysia ke mangsa banjir yang terkesan. Tabung kilat mangsa banjir besar Lembah Klang Disember 2021. Rayuan sumbangan bagi meringankan derita rakyat Malaysia yang terlibat dalam musibah yang melanda negara. Sukarelawan juga diperlukan bagi menjalankan aktiviti pembersihan rumah mangsa banjir. | MAYBANK | 564810009147 | PERTUBUHAN KEBAJIKAN RAKYAT SEJAGAT KUALA LUMPUR. Hubungi: 0126635563 – Bro Zul | 01161619178 – Fargas | 0136924432 – Office Sejagat. portal SEJAGAT – www.sejagat.org.my. FB SEJAGAT: facebook.com/SejagatOfficial.

PONDOK PENERIMAAN SUMBANGAN

  • by

21 Disember 2021, Selasa, Ampang — Pondok Penerimaan Sumbangan Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat (SEJAGAT) kini telah dibuka untuk membantu mangsa-mangsa banjir di daerah Langat dan Shah Alam, Selangor..Untuk sebarang bentuk sumbangan melalui akaun digital, pihak tuan/puan boleh menyalurkan terus sumbangan ke akaun Pertubuhan Kebajikan Rakyat SEJAGAT | MAYBANK | 5648-1000-9147 portal sejagat : www.sejagat.org.my . FB SEJAGAT : facebook.com/SejagatOfficial ..

TDRS Sri Negeri Sembilan

18 Ogos 2021 Pengagihan bantuan makanan kepada penduduk-penduduk Rumah Awam Seri Negeri Sembilan, Sentul Kuala Lumpur Sebanyak 52 set bantuan makanan telah diagihkan kepada mereka yang telah memohon bantuan di Bandar Baru Sentul,Kuala Lumpur. Kesemua penerima adalah terdiri dari warga emas, golongan OKU & anak-anak yatim.

TDRS Istimewa

27 Julai 2021

Pengagihan sumbangan makanan kepada golongan buta (OKU) di Brickfields, Kuala Lumpur. Pengagihan bantuan makanan untuk 90 orang (OKU) Sumbangan makanan ini diagihkan sebanyak 4 kali dalam tempoh 2 minggu – seminggu 2 kali (hari Selasa & hari Khamis) Golongan buta (OKU) ini kehilangan punca pendapatan total kerana dalam tempoh PKP mereka tidak dibenarkan bekerja mengurut, jadi mereka mengharapkan bantuan dari Baitulmal dan JKM, itupun tidak sampai RM1000. Untuk kehidupan bekeluarga tidak mencukupi. Justeru itu mereka sangat menghargai bantuan makanan seperti (nasi, lauk ayam, sayur dan air mineral) dari NGO Sejagat ini