Skip to content

PROGRAM AGIHAN BANTUAN AHLI KELUARGA SEJAGAT YANG TERKESAN DENGAN BANJIR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

1 Jan, 2022 – Menerusi Program Bantuan Derita Rakyat Sejagat (Misi Bantuan Banjir) yang dijalankan sejak 21 Disember 2021 lalu, pihak Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia tidak ketinggalan mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan pek makanan beserta sedikit wang sumbangan kepada ahli keluarga SEJAGAT yang terkesan akibat banjir di kawasan tempat tinggal mereka. 

Sumbangan dihulurkan oleh Presiden SEJAGAT sendiri iaitu, Tn. Syed Sheikh kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Semoga bantuan yang diberikan ini memberi manfaat buat mereka semua.