Skip to content
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

KUALA LUMPUR, NOVEMBER 2021 — Lanjutan dari rencana perlaksanaan program Tabung Derita Rakyat SEJAGAT (TDRS) yang dilancarkan sejak Julai 2021 yang lalu, Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat (SEJAGAT) sekali lagi telah membuktikan bahawa pertubuhan bukan kerajaan ini benar-benar komited dalam membantu meringankan beban dari sudut kebajikan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia khususnya di sekitar Kuala Lumpur minggu lalu.

Bersama-sama didalam program Agihan Bekalan Makanan Kepada Penduduk Pangsapuri Kasturi Cheras pada 27 November 2021 yang lalu, telah turut dihadiri dan dibantu oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Kasturi Cheras sendiri iaitu En. Muhammad Fadzil, Pengarah Program TDRS SEJAGAT, Tn. Syed Hanif, Timbalan Presiden SEJAGAT, Tn. Syed Muhammad, Setiausaha Pusat SEJAGAT, Tn. Syed Ahmad dan beberapa lagi ahli Jawatankuasa TDRS dari kalangan aktivis SEJAGAT Kuala Lumpur.

Pengagihan pek bekalan makanan kering termasuk beras ini juga telah berjaya disumbangkan kepada hampir 94 ketua keluarga yang terdiri dalam anggaran 4 ke 10 orang ahli isi rumah di dalam setiap keluarga; yang mana sumbangan dana ini telah ditaja oleh Syarikat Kumpulan Peransang Selangor Berhad (KPS) sebanyak RM6,540.

Syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada para aktivis kebajikan & pihak lain yang terlibat dalam program ini, kerana telah menyumbangkan masa dan usaha bagi menjayakan program sumbangan kebajikan dibawah SEJAGAT ini kepada rakyat-rakyat yang terkesan.

Sehubungan itu juga, SEJAGAT dengan ini berbesar hati ingin menawarkan kepada mana-mana pihak syarikat korporat & koperasi yang berminat untuk membuat sumbangan kepada pertubuhan ini dengan menawarkan pemberian diskaun potongan cukai yang tertakluk pada terma & syarat.

Sumbangan daripada pihak tuan/puan bolehlah disalurkan melalui akaun SEJAGAT yang berikut:

(PERTUBUHAN KEBAJIKAN RAKYAT SEJAGAT KUALA LUMPUR)
(MAYBANK)
(564810009147)

Atau Click butang di bawah