Skip to content

Penghargaan dan Tahniah Semua

  • by

SEKALUNG PENGHARGAAN : PROGRAM KORBAN KEMANUSIAAN YAMAN 2022🌹

Firman Allah swt di dalam surah Hud ayat 114 mafhumnya :

” Sesungguhnya setiap kebaikan akan menghindarkan setiap keburukan “

🌹 Alhamdulillah, Program Korban Kemanusiaan Yaman 2022 yang merupakan salah satu program besar Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Malaysia melalui “dutanya” yang digerakkan iaitu Sekretariat Kemanusiaan Malaysia Yaman (SKMY) telah berjaya dalam fasa pertamanya iaitu mengumpul sumbangan bagi menaja program korban Hari Raya Aidil Adha di bumi Yaman tahun ini.

Berdasarkan laporan terakhir bahawa sumbangan wang untuk membeli 80 ekor kambing telah berjaya dikumpul. Untuk makluman semua juga bahawa Program tajaan korban kemanusiaan di Yaman pada tahun ini adalah merupakan sebuah keprihatinan yang berterusan dari SEJAGAT terhadap nasib golongan yang tertindas khususnya di Yaman.

Hakikatnya kewajipan kita terhadap isu seperti di Yaman selain daripada berusaha untuk membantu mereka dari aspek keperluan hidup di sana, dimana mereka masih bergelut dengan krisis perang yang dipaksakan, bahkan selain dari itu kita juga berkewajipan untuk terus menjelaskan kepada umum bahawa apa sebenarnya yang berlaku dan kondisi sebenar tekanan yang dihadapi oleh rakyat di sana.

Di sini iuga saya ingin mengambil kesempatan dengan rendah hati pertama-tamanya bagi pihak seluruh ahli-ahli SEJAGAT Malaysia ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh penyumbang samada dari kalangan rakyat Malaysia atau dari luar yang telah menyumbang untuk SEJAGAT menjayakan program kemanusiaan di Yaman ini. Kepercayaan atas amanah ini akan kami sampaikan kepada mereka yang memerlukan di Yaman.

Untuk makluman semua juga bahawa usaha ini secara khususnya telah digerakkan oleh ahli2 Sejagat samada dari kalangan AJK Pusat, cawangan-cawangan negeri dan para aktivisnya. Justeru itu penghargaan juga selayaknya ditujukan kepada semua yang menggerakkan dan menjayakan program ini.

Insya Allah pada fasa kedua program ini iaitu sumbangan ini akan kami usahakan supaya sampai ke wakil ngo kami di Yaman sebelum Hari Raya Aidil Adha tahun ini.

Kepercayaan dan sumbangan berharga dari semua akan kami lihat sebagai sebuah amanah untuk kami sampaikan kepada rakyat Yaman yang tertindas.🌹

“Bersama Sejagat membantu rakyat”

Syed Sheikh Alattas
Presiden SEJAGAT Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *