Program-progran yang telah dijalankan
5 Julai 2021
Pengagihan barangan asas di Desa Rajang, Kuala Lumpur. Pengagihan untuk 60 keluarga (Jumlah Dana RM4000 – Kutipan sumbangan orang awam)
8 Julai 2021
Pengagihan barangan asas di Ukay Perdana, Ampang. Pengagihan untuk 130 keluarga (Jumlah Dana RM7800 – Kutipan sumbangan tajaan Global Muslims in Need Foundation & Hands of Fatima)
10 Julai 2021
Pengagihan barangan asas di Gombak. Pengagihan untuk 150 keluarga (Jumlah Dana RM9800 – Kutipan sumbangan Masyarakat Melayu Singapura)
11 Julai 2021
Pengagihan barangan asas di AU4 Keramat,Kuala Lumpur. Pengagihan untuk 50 keluarga (Jumlah Dana RM3500 – Kutipan sumbangan orang ramai)
11 Julai 2021
Pengagihan barangan seperti pampers dan susu bayi doorto-door bersasar di kawasan Ampang, Damansara, Selayang & Kuala Lumpur. Pengagihan untuk 20 keluarga (Jumlah Dana RM2000 – Kutipan sumbangan Restoran As-Saggaf Corner
18 Julai 2021
Pengagihan barangan asas dan wang saku kepada warga pemandu pelancong di Pejabat Persatuan PemanduPemandu Pelancong, Sentul Raya, Kuala Lumpur. Pengagihan untuk 103 set barangan makanan asas & wang saku (RM50 seorang) kepada warga pemandu pelancong, manakala 7 set barangan makanan asas lagi telah diberikan kepada gelandangan yang datang meminta bantuan
27 Julai 2021
Pengagihan sumbangan makanan kepada golongan buta (OKU) di Brickfields, Kuala Lumpur. Pengagihan bantuan makanan untuk 90 orang (OKU) Sumbangan makanan ini diagihkan sebanyak 4 kali dalam tempoh 2 minggu – seminggu 2 kali (hari Selasa & hari Khamis) Golongan buta (OKU) ini kehilangan punca pendapatan total kerana dalam tempoh PKP mereka tidak dibenarkan bekerja mengurut, jadi mereka mengharapkan bantuan dari Baitulmal dan JKM, itupun tidak sampai RM1000. Untuk kehidupan bekeluarga tidak mencukupi. Justeru itu mereka sangat menghargai bantuan makanan seperti (nasi, lauk ayam, sayur dan air mineral) dari NGO Sejagat ini
31 Julai 2021
Pengagihan bantuan makanan kerjasama bersama Balai Polis Ukay Perdana, Ampang Sebanyak 54 set bantuan makanan telah diagihkan kepada mereka yang telah memohon bantuan di Balai Ukay Perdana.Bantuan ini termasuk penambahan 14 set bantuan makanan
18 Ogos 2021
Pengagihan bantuan makanan kepada penduduk-penduduk Rumah Awam Seri Negeri Sembilan, Sentul Kuala Lumpur Sebanyak 52 set bantuan makanan telah diagihkan kepada mereka yang telah memohon bantuan di Bandar Baru Sentul,Kuala Lumpur. Kesemua penerima adalah terdiri dari warga emas, golongan OKU & anak-anak yatim
29 Ogos – 31 Ogos 2021
Program Agihan Bantuan Makanan kepada pendudukpenduduk di Kg. Kuala Tahan & Kg. Pagi, Pahang Sejumlah 100 pek makanan telah diagihkan kepada 2 kampung di daerah Jerantut, iaitu 50 set untuk penduduk Kg. Kuala Tahan, dan baki 50 set lagi untuk penduduk Kg. Pagi, Pahang. Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar dan Team Sejagat ini telah selamat pulang ke Ukay Perdana pada 31 Ogos 2021 Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Sheikh (Presiden Sejagat) di atas sokongan dan keperihatinan beliau. Tidak lupa juga kepada semua krew-krew Sejagat yang bertungkus-lumus menjayakan program yang ulung-ulung kalinya di buat di luar kawasan Selangor. Tahniah & terima kasih diucapkan kepada semua. Sekian.
3 Oktober 2021
Program Agihan Bantuan Bekalan Makanan kepada penduduk-penduduk PPR Intan Baiduri, Kuala Lumpur Sejumlah 100 pek bekalan makanan telah diagihkan kepada penduk-penduduk PPR Intan Baiduri, Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Penduduk di situ. Barangan asas yang diberikan untuk wakil setiap keluarga adalah 5kg beras, 1 ekor ayam, 10 biji telur, 1 kg tepung gandum & 1 paket minyak.