Skip to content

SERUAN SOLIDARITI MEMBELA KEDAULATAN WILAYAH ISLAM (REPUBLIK ISLAM IRAN)

  • by
Sokongan Iran-Palestin

“1 Peluru Berpandu Republik Islam Iran ke arah Israel Sama Seperti Menyelamatkan Palestin Saat Ini”

بسم الله الرحمن الرحيم

لَّا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ ۚ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا

Mafhumnya: Mereka dari kalangan kaum Mu’minin yang hanya duduk tidak berjuang tanpa keuzuran tidak pernah sama dengan mereka yang berjuang di jalan Allah dengan harta dan nyawa mereka. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan darjat tertentu dan menjanjikan ganjaran yang agung kepada semua.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sudah masuk hari kelima perang buku dan ruas akhirnya meletus. Rejim haram Zionis yang hauskan darah telah memulakan pencerobohan ke atas negara Islam Iran pada awal pagi Jumaat 13 Jun.

Sejak itu, Angkatan Bersenjata Iran dan Pasukan Pengawal Revolusi Islam yang telah lama bersiap siaga melancarkan serangan balas bermula Sabtu 14 Jun. Serangan balas membalas ini berlanjutan sehingga ke hari ini.

Persoalan penting yang harus ditanya: mengapa Israel menyerang Republik Islam Iran? Jawapannya bukan semata-mata kerana program nuklearnya, atau kerana retorik diplomatik Iran mengenai Palestin. Satu-satunya sebab utama adalah kerana prinsip yang telah ditegakkan sejak 1979 oleh Imam Khomeini — bahawa setelah kemenangan Revolusi Islam, misi seterusnya ialah membebaskan Al-Quds, Masjidil Aqsa dan bumi Palestin melalui jalan jihad dan muqawamah.

Prinsip ini kekal teguh walaupun selepas kewafatan Imam Khomeini, diteruskan oleh Imam Ali Khamenei. Iran telah kehilangan ramai syuhada’ — dari komander perang, saintis nuklear, hingga ulama’ — demi perjuangan membebaskan Palestin.

Front muqawamah seperti HAMAS, Jihad Islam, Hizbullah, Al-Houthi dan Hasyd Sha’bi berdiri teguh bersama Iran kerana ia satu-satunya negara yang benar-benar menyokong perjuangan mereka dari segala sudut.

Setiap peluru berpandu yang dilancarkan Iran ke arah Tel Aviv adalah “hadiah terbesar” bagi rakyat tertindas di Gaza dan bumi Palestin.

SEJAGAT menyokong penuh tindakan mempertahankan kedaulatan Iran daripada pencerobohan rejim haram Israel.

Kami dari Sekretariat Palestin Malaysia (SPM) bersama Koalisi Nasional & Global Solidariti Iran-Palestin menyeru seluruh rakyat untuk turut serta:

Hari: Jumaat
Tarikh: 20 Jun 2025
Lokasi: Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Destinasi: Kedutaan Amerika Syarikat

Tujuan: Menyatakan kutukan terhadap Israel dan sekutu kuatnya — syaitan terbesar, Amerika Syarikat — atas pencerobohan ke atas wilayah Islam Iran.

و الله ولي التوفيق و النصر.

Syed Sheikh Alattas
Presiden SEJAGAT Malaysian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *