Skip to content

TDRS

TDRS Istimewa

27 Julai 2021

Pengagihan sumbangan makanan kepada golongan buta (OKU) di Brickfields, Kuala Lumpur. Pengagihan bantuan makanan untuk 90 orang (OKU) Sumbangan makanan ini diagihkan sebanyak 4 kali dalam tempoh 2 minggu – seminggu 2 kali (hari Selasa & hari Khamis) Golongan buta (OKU) ini kehilangan punca pendapatan total kerana dalam tempoh PKP mereka tidak dibenarkan bekerja mengurut, jadi mereka mengharapkan bantuan dari Baitulmal dan JKM, itupun tidak sampai RM1000. Untuk kehidupan bekeluarga tidak mencukupi. Justeru itu mereka sangat menghargai bantuan makanan seperti (nasi, lauk ayam, sayur dan air mineral) dari NGO Sejagat ini

TDRS Pemandu Pelancong

18 Julai 2021 – Kuala Lumpur , Pengagihan barangan asas dan wang saku kepada warga pemandu pelancong di Pejabat Persatuan PemanduPemandu Pelancong, Sentul Raya, Kuala Lumpur. Pengagihan untuk 103 set barangan makanan asas & wang saku (RM50 seorang) kepada warga pemandu pelancong, manakala 7 set barangan makanan asas lagi telah diberikan kepada gelandangan yang datang meminta bantuan

TDRS D2D Ampang

11 Julai 2021 Pengagihan barangan seperti pampers dan susu bayi doorto-door bersasar di kawasan Ampang, Damansara, Selayang & Kuala Lumpur. Pengagihan untuk 20 keluarga (Jumlah Dana RM2000 – Kutipan sumbangan Restoran As-Saggaf Corner

TDrs Keramat

11 Julai 2021, Pengagihan barangan asas di AU4 Keramat,Kuala Lumpur. Pengagihan untuk 50 keluarga (Jumlah Dana RM3500 – Kutipan sumbangan orang ramai)

TDRS Gombak

10 Julai 2021, Pengagihan barangan asas di Gombak. Pengagihan untuk 150 keluarga (Jumlah Dana RM9800 – Kutipan sumbangan Masyarakat Melayu Singapura..

TDRS Ukay Perdana

8 Julai 2021 , Pengagihan barangan asas di Ukay Perdana, Ampang. Pengagihan untuk 130 keluarga (Jumlah Dana RM7800 – Kutipan sumbangan tajaan Global Muslims in Need Foundation & Hands of Fatima)